fbpx
Mangsa terbaring berhampiran longkang di tepi jalan selepas diserang dan dikelar suspek di Bandar Baru Salak Tinggi, semalam.

Pemandu e-hailing warga emas parah dikelar, suspek berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Seorang pemandu e-hailing warga emas cedera parah di leher akibat dikelar di kawasan letak kereta di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.40 malam itu, wanita berusia 60 tahun itu diserang dan dikelar suspek menggunakan senjata tajam dipercayai kerambit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa yang turut cedera di lengan kiri telah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya bagi mendapatkan rawatan. Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek yang juga lelaki tempatan berusia 69 tahun telah melarikan diri menggunakan kereta milik mangsa jenis Perodua Bezza.

“Bagaimanapun, suspek akhirnya berjaya diberkas kira-kira pukul 11.15 malam hari sama selepas kereta dipandu terbabit kemalangan di Taman Desa Melati, Fasa 3, Nilai, Negeri Sembilan.

“Suspek ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan di leher di dalam kenderaan mangsa, selain polis turut merampas sebilah pisau kerambit telah di bawa ke Hospital Cyberjaya dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (untuk pemantauan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, atau sehingga 20 tahun penjara jika menyebabkan kecederaan kekal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN