fbpx
Aliran kenderaan menuju ke Pulau Pinang meningkat dengan ketara menjelang Krismas. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

P. Pinang dijangka sesak menjelang Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Aliran trafik menuju ke Pulau Pinang dijangkakan meningkat sempena cuti Krismas, cuti akhir tahun persekolahan serta penganjuran Pesta Pulau Pinang yang berlangsung dari 6 Disember lalu hingga 10 Januari tahun depan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, secara keseluruhan pihaknya menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan dalam tempoh seminggu akan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara pada waktu puncak musim perayaan ini, termasuk laluan menuju ke Pulau Pinang.

Menurut beliau, walaupun tiada angka khusus dikeluarkan bagi kemasukan kenderaan ke negeri ini, trend semasa musim perayaan besar sebelum ini menunjukkan Pulau Pinang sentiasa menjadi antara destinasi utama orang ramai.

“Berdasarkan rekod dan trend musim perayaan besar sepanjang tahun 2025, seperti sambutan Aidilfitri, Pulau Pinang biasanya menerima sekitar 2.2 juta kenderaan yang masuk atau melintasi negeri ini melalui Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Kedua,” katanya di sini, hari ini.

Azizee berkata, peningkatan itu didorong oleh tempoh cuti yang panjang selain tarikan Pesta Pulau Pinang yang saban tahun menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Datuk Tony Goh berkata, kadar tempahan bilik hotel pada hujung minggu di negeri ini mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila mencecah antara 70 hingga 90 peratus.

Menurutnya, bagi hari biasa, kadar penginapan hotel di Pulau Pinang berada sekitar 70 peratus, namun pertambahan hotel baharu di negeri ini menyebabkan tempahan pada hari bekerja dilihat agak perlahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN