fbpx
Tangkap layar video tersebut yang tular di TikTok.

Lotong masuk kereta ambil keropok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Lebih baik menjerit dari tutup tingkap kereta.”

Itu reaksi ramai selepas seorang wanita bersama rakannya panik akibat dua ekor lotong yang cuba memasuki keretanya melalui tingkap, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di media sosial, wanita berkenaan panik selepas salah seekor lotong duduk di tepi tingkap keretanya sebelum lotong lain memasuki keretanya untuk mengambil makanan.

Bagaimanapun, wanita tersebut berjaya menutup tingkap selepas dua ekor lotong itu beredar ke tempat lain selepas mendapat keropok.

Video berdurasi 36 saat itu turut memaparkan beberapa ekor lotong dan monyet yang berada di luar kereta wanita tersebut.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata pengguna terhibur dengan tindakan wanita dan lotong itu.

“Lotong ini jenis baik dan tak ganas macam kera. Cuma kadangkala lotong terlebih mesra dengan manusia,” komen @DaengJayAlleny.

“Menyakat perempuan memang tak selesai masalah. Saya yang perempuan pun mengaku kadang kami menjerit saja lebih,” komen @NanaKhairina. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI