fbpx
GARCIA mempamerkan ketangkasan apabila menafikan beberapa pelung terbaik untuk Barcelona mengekalkan kelebihan dua gol yang dimiliki. - AFP

La Liga: Garcia nadi kemenangan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VILLARREAL – Persembahan lima bintang dipamerkan penjaga gol, Joan Garcia menjadi faktor utama kepada kejayaan Barcelona yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Villarreal, awal pagi semalam.

Keputusan itu mengukuhkan kedudukan Barcelona di puncak liga selepas mengumpul 46 mata daripada 18 perlawanan dan empat mata mengatasi Real Madrid di tempat kedua.

Skuad kendalian Hansi Flick cukup klinikal sepanjang 2025 apabila menjaringkan 169 gol dalam 60 perlawanan di semua pertandingan, namun kali ini Garcia lebih mencuri perhatian, melakukan lima aksi menyelamat untuk menafikan peluang terbaik Villarreal.

“Dia sering melakukan aksi tangkas untuk menyelamatkan kami dan saya gembira apabila dia membantu kami menamatkan perlawanan tanpa bolos. Sudah pasti dia adalah pemain penting buat kami.

“Kami semua bertahan dengan baik walaupun kami agak keletihan hingga gagal melakukan hantaran dengan lebih baik. Saya gembira Joan bersama kami, namun bukan tugas saya menentukan kedudukannya dalam pasukan kebangsaan,” katanya.

Raphinha dan Lamine Yamal masing-masing menyumbangkan satu gol dalam setiap mata dan Villarreal yang bermain di depan penyokong sendiri terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Renato Veiga dilayangkan kad merah pada hujung babak pertama.

Keputusan kali ini memastikan Barcelona menang semua enam perlawanan sepanjang Disember namun keutamaan Flick lebih menjurus kepada tugas pemain yang sudah pun memberikan 100 peratus buat pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN