JOHOR BAHRU – Tiada apa yang lebih bermakna buat seorang kakak, Nur Farrah Izzati Yusri, 26, yang menghidap penyakit kanser darah apabila adik bongsunya sanggup mendermakan sel stem demi untuk menyelamatkan nyawanya. Gadis yang berasal dari Batu Berendam, Melaka itu disahkan menghidap kanser darah atau Adult Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) pada 9 Oktober 2019 ketika menuntut dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini. “Ketika disahkan menghidap penyakit paling ditakuti ramai itu, jantung saya bagaikan terhenti…














