PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Sarawak dan Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 6 petang ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak, ketika ini.
“Di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














