HONG KONG, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ — Tanggal 19 Disember 2025, Hong Kong menjadi hos bagi forum "Bandar Penyelesai Masalah: Hong Kong sebagai Pelerai Pertikaian" yang dianjurkan secara bersama oleh Friday Culture Limited, Hong Kong Coalition dan juga AALCO Hong Kong Regional Arbitration Centre. Acara ini menghimpunkan pegawai kanan kerajaan, pakar undang-undang dan pemimpin industri untuk mengukuhkan kedudukan Hong Kong sebagai hab global untuk penyelesaian pertikaian dalam sektor tradisional dan juga sektor baru muncul.

Friday Culture Limited – International Forum "Problem-Solving City: Hong Kong as a Disputes Resolver
Forum ini memaklumkan bahawa kerajaan Hong Kong mengukuhkan kedudukan bandar ini sebagai pelerai pertikaian global dan hab kewangan digital melalui rangka kerja LEAP serta langkah-langkah kawal selia yang komprehensif.
AALCO Hong Kong Regional Arbitration Centre menawarkan pengantara, penimbang tara dan pengadil terlatih dengan kemahiran pakar dalam bidang sukan dan kewangan digital. Pengarah Nick Chan menyatakan mengenai pembangunan keupayaan LawTech (Teknologi Undang-undang) dan pakar-pakar antara disiplin oleh Pusat ini untuk memimpin usaha penyelesaian pertikaian global.
Pengerusi Herman Hu daripada Friday Culture Limited mengetengahkan mengenai pemilihan Hong Kong sebagai pusat bagi Pertubuhan Pengantaraan Antarabangsa, seterusnya memperteguh komitmen bandar ini terhadap penyelesaian pertikaian secara aman di bawah kerangka "Satu Negara, Dua Sistem".
Panel pengantaraan sukan menegaskan mengenai sistem common law Hong Kong, status undang-undang dwibahasa dan kedudukan strategik antara China dan pasaran antarabangsa. Pakar-pakar membincangkan sejauh mana capaian Hong Kong kepada 1.3 bilion pengguna dan inisiatif kolaboratif antara kerajaan pusat, Hong Kong serta Macau mewujudkan kelebihan unik untuk memantapkan kedudukan bandar ini sebagai pusat penyelesaian pertikaian sukan yang ulung.
Panel teknologi pula membawakan perbincangan mengenai rangka kerja kawal selia komprehensif Hong Kong untuk kewangan digital yang dimoderatorkan oleh Witman Hung. Pakar menegaskan saling kebolehkendalian, keselamatan dan perlindungan pengguna merentas platform-platform terpencar. Pemimpin-pemimpin industri pula mengetengahkan usaha rintis Hong Kong dalam bon digital menggunakan protokol ISO yang dikemas kini dan peranannya dalam menyelesaikan pertikaian industri kewangan digital yang bernilai $15 bilion.
Dr. Johnny Ng menekankan kepentingan pendekatan secara beransur-ansur terhadap kewangan digital bagi membina keyakinan orang ramai, manakala Dr. Au King Lun membincangkan peranan Hong Kong dalam membina hubungan rentas sempadan merentas lapisan kawal selia, infrastruktur teknikal dan modal pasaran.
Wakil daripada Hong Kong Coalition menyimpulkan bahawa Hong Kong mengalami peralihan daripada pengawal selia kepada penetap peraturan yang memanfaatkan 30 organisasi ahli untuk memajukan standard antarabangsa. Forum ini memperlihatkan sejauh mana infrastruktur undang-undang, kedudukan yang strategik dan kolaborasi kerajaan Hong Kong memantapkan kedudukannya sebagai pelerai pertikaian yang paling berpengaruh di dunia.
Kunjungi Semula Dalam Talian: https://www.youtube.com/watch?v=7ZIgriESgkU
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4851673_MS51673_6














