fbpx
FARHAN (tengah) bersedia menyahut cabaran sekiranya kudratnya masih diperlukan oleh pasukan kebangsaan.

Farhan belum sedia gantung jersi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAPTEN sepak takraw negara, Farhan Adam akan terus menabur bakti kepada skuad kebangsaan selagi khidmatnya diperlukan oleh pasukan.

Farhan yang bakal berusia 37 tahun pada tahun hadapan berkata, tiada istilah bersara dalam dirinya kerana masih mampu untuk memberi persembahan terbaik.

“Segala keputusan terserah kepada barisan kejurulatihan, jika terus dipanggil, saya berikrar untuk terus menabur bakti selagi kudratnya diperlukan.

“Selagi diperlukan oleh pasukan Malaysia, saya akan terus berkhidmat. Saya pun sedar umur makin meningkat, jadi saya akan cuba sehabis mungkin.

“Kalau tidak dipanggil, saya tetap akan menyokong pasukan negara. Kita kena teruskan apa yang kita ada dan tambah baik untuk kejohanan seterusnya,” ujarnya.

Pada temasya Sukan SEA Thailand 2025, Farhan membawa dua pingat emas menerusi acara berpasukan dan regu, sekali gus membuktikan kewibawaan skuad negara.

“Syukur Alhamdulillah, untuk Sukan SEA tahun ini, ia adalah pencapaian terbaik untuk saya secara peribadi dan pasukan sepak takraw negara.

“Sudah sekian lama kita tak dapat pencapaian sebegini. Jadi tahun ini, dua pingat emas adalah satu yang sangat membanggakan. Bukan sahaja untuk kami tapi untuk rakyat Malaysia,” katanya

Ditanya persediaan untuk mempertahankan emas di edisi 2027 di Malaysia, Farhan mengakui skuad negara perlu bekerja lebih keras pada masa hadapan.

“Kami kena kerja kuat untuk Sukan SEA 2027 dan tahun depan pula ada Sukan Asia dan juga Piala Dunia. Jadi, saya harap pasukan dapat kekalkan prestasi terbaik dan meneruskan momentum kemenangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN