LIANYUNGANG, China, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ — Ditakrifkan oleh interaksi antara gunung dan lautan, Lianyungang sudah lama memperoleh pengertiannya daripada geografinya. Bermula daripada landskap mitos yang dikaitkan dengan Journey to the West hinggalah kedudukannya sebagai perhentian akhir bahagian timur di Jambatan Darat Eurasia Baharu, bandar ini mendapat tempat yang tersendiri dalam imaginasi budaya dan sejarah China.
Sejak Ogos 2025, Jabatan Publisiti Jawatankuasa Perbandaran Lianyungang memperkenalkan inisiatif Reading the City—sebuah program budaya bandar yang meneroka seni bina, nama tempat dan juga jenama tempatan yang sudah lama bertapak. Siri ini mengundang penduduk dan juga pelawat untuk melibatkan diri dengan sejarah dan identiti bandar ini melalui alam bina dan mercu tanda hariannya.
Ceritera Gunung
Gunung Huaguo, iaitu gunung yang dianggap secara meluas sebagai sumber budaya Journey to the West, amat berkait rapat dengan tema penerokaan, kebingkasan dan kepintaran. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lianyungang membangunkan tapak-tapak pengunjung yang imersif seperti Gua Tirai Air (Water Curtain Cave) dan Tujuh Puluh Dua Gua (Seventy-Two Caves) yang membolehkan rujukan sastera dialami sebagai ruang fizikal. Terletak di kawasan berdekatan, ukiran cenuram Dinasti Han Timur di Gunung Kongwang menawarkan gerak imbang lebih bersahaja yang menonjolkan peranan bandar ini sejak dahulu lagi sebagai persimpangan antara kepercayaan, kesenian dan juga pertukaran.
Babad Samudera
Sepanjang garis pantai Lianyungang pula, teluk melengkung dan tanah lembap yang dilindungi membentuk sebuah persinggahan yang penting untuk unggas hijrah, lantas mengetengahkan kepentingan ekologi wilayah ini. Mengikut sejarah, bandar ini berperanan sebagai persimpangan yang penting antara laluan darat dan maritim—bermula daripada jaringan Jalan Sutera awal hinggalah koridor rel moden—yang meninggalkan legasi maritim berlapis-lapis. Hari ini, Pelabuhan Lianyungang mengekalkan hubungan perkapalan dengan hampir 1,000 pelabuhan di lebih 160 negara dan wilayah yang menghubungkan corak pertukaran bersejarah dengan perdagangan kontemporari di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Jalan.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4852399_MS52399_6















