fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV yang tular di media sosial.

‘Dah curi, siap patah balik nak cari lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang didakwa mencuri selipar di sebuah apartmen di Putrajaya mengundang kemarahan penduduk apabila perbuatannya bukan sahaja dirakam kamera litar tertutup (CCTV), malah dia dikatakan sempat berpatah balik seolah-olah mencari barangan lain untuk diambil.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 3.51 pagi, 20 Disember lalu berdasarkan paparan tarikh dan masa pada rakaman CCTV sebuah unit kediaman di apartmen berkenaan.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, lelaki terbabit dilihat berlegar-legar di koridor apartmen sambil memakai topi keledar, t-shirt dan seluar berwarna hitam.

Dalam video berdurasi 27 saat itu, lelaki terbabit dilihat mengambil sepasang selipar yang diletakkan di hadapan pintu sebuah rumah sebelum berlalu pergi.

Bagaimanapun, dia dilihat berpatah balik ke kawasan sama tidak lama kemudian, seolah-olah mencari selipar lain atau barangan tambahan untuk dicuri.

Video tular tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan lebih 100,000 tontonan.

“Dah curi, siap patah balik nak tengok yang lain lagi. Ini kes jual bundle (barangan terpakai) ke apa. Tak berkat duit hasil barang curi,” komen Mat Arip.

“Apa yang teruk sangat sampai selipar pun nak curi, malu dekat orang,” kata Sofea Azie.

“Duduk rumah bertingkat macam ini risiko dia. Ada sahaja yang hilang, ingat kita beli pakai daun agaknya,” kata Ina Farina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN