fbpx
CIMB Bank - Gambar hiasan

CIMB, WeChat Pay tingkat keterlihatan peniaga di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) mengumumkan kerjasama strategik dengan Weixin Pay, atau lebih dikenali sebagai WeChat Pay, menerusi penyelesaian khas, Program Weixin Mini bagi memperkasa perniagaan yang bernaung di bawah CIMB.

Inisiatif tersebut menandakan langkah penting dalam memperkukuh pembayaran rentas sempadan, meningkatkan keterlihatan peniaga Malaysia serta membantu perniagaan tempatan memanfaatkan kehadiran pelancong China yang celik digital dan semakin meningkat ke negara ini.

Melalui integrasi Weixin Mini dan Weixin Pay, peniaga di Malaysia berpeluang mempamerkan tawaran mereka secara digital, berinteraksi dengan pelancong China sebelum ketibaan ke negara ini, serta memudahkan transaksi di premis menggunakan DuitNow QR.

Ekosistem hujung ke hujung ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan kepada pelancong, malah memberi kelebihan daya saing kepada peniaga tempatan, khususnya dalam sektor runcit, makanan dan minuman (F&B) serta hospitaliti.

Ketua Perbankan Pengguna CIMB Malaysia, Daniel Cheong berkata, kerjasama ini mencerminkan usaha berterusan CIMB dalam mempertingkatkan kesalinghubungan rentas sempadan dan mewujudkan peluang yang mampu memacu pertumbuhan komuniti serta perniagaan.

“Dengan menggabungkan keupayaan digital CIMB dan capaian global Weixin Pay, iaitu antara platform pembayaran digital paling meluas digunakan di China, kami membolehkan peniaga tempatan mengakses segmen pelancong bernilai tinggi serta mengambil bahagian secara lebih menyeluruh dalam ekonomi digital,” katanya.

Menurut laporan Kementerian Pelancongan, Malaysia menerima hampir 1.8 juta pelancong dari China dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2025, dan jumlah ini dijangka terus meningkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN