fbpx
China merupakan pengeluar bijih emas terbesar dunia. - Agensi

China jumpa deposit emas bawah laut terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – China menemui deposit emas bawah laut yang didakwa sebagai  terbesar di Benua Asia susulan penemuan sumber logam berharga lain baru-baru ini, lapor laman berita VNExpress.

Penemuan di luar pantai Laizhou di Yantai, wilayah Shandong itu  meningkatkan rizab emas Laizhou kepada lebih 3,900 tan (137.57 juta auns). Ia menyumbang kira-kira 26 peratus daripada jumlah keseluruhan rizab emas China, lapor akhbar South China Morning Post.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan lokasi bawah laut simpanan emas tersebut.

Bulan lalu, pihak berkuasa mengumumkan deposit emas gred rendah super besar pertama di negara itu di wilayah Liaoning, dengan rizab sebanyak 1,444.49 tan (50.95 juta auns).

Kementerian Sumber Asli berkata, ia merupakan deposit emas tunggal terbesar yang ditemui sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949.

November lalu, pegawai-pegawai melaporkan penemuan deposit emas di Pergunungan Kunlun berhampiran sempadan barat wilayah autonomi Xinjiang Uygur, dengan anggaran rizab emas  lebih 1,000 tan (35.27 juta auns).

China merupakan pengeluar bijih emas terbesar dunia, dengan pengeluaran mencecah 377 tan (13.3 juta auns) tahun lepas, demikian menurut Persatuan Emas China. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN