fbpx

Changzhou Undang Orang Ramai Terokai Bandar Melalui Budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHANGZHOU, China, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ — Sejak bulan November, Jabatan Publisiti Jawatankuasa Perbandaran Changzhou, dengan kerjasama agensi-agensi bandar yang lain, melancarkan siri aktiviti kebudayaan awam Reading the City dan mengundang penduduk serta pelawat untuk melibatkan diri dengan sejarah serta identiti bandar Changzhou. Di bawah tema "Tracing City Roots • Exploring Changzhou" ("Menelusuri Asal-Usul Bandar • Menerokai Changzhou"), program ini membawakan beraneka jenis tawaran, termasuk rancangan penerokaan budaya seluruh bandar, inisiatif City Reading Ambassador dan enam laluan bas bertema yang direka untuk menghubungkan peserta dengan tapak-tapak budaya yang utama.

Pendekatan Changzhou memfokuskan pada lima tema budaya—seni bina, nama tempat, jenama tempatan yang sudah lama bertapak, buku dan juga media visual—setiap satunya menawarkan cara yang berbeza untuk memahami masa lalu dan masa kini di bandar ini. "Changzhou in Architecture" ("Changzhou dalam Seni Bina") menghimpunkan aktiviti berjalan kaki bandar berpandu, sesi lakaran di bangunan bersejarah dan lawatan taman realiti terimbuh. "Changzhou in Place Names" ("Changzhou dalam Nama Tempat") membawakan ceramah dan laluan budaya terkurasi yang menelusuri asal-usul sejarah nama jalan dan nama daerah tradisional. "Changzhou in Historic Brands" ("Changzhou dalam Jenama Bersejarah") mengetengahkan perniagaan tempatan yang sudah lama wujud melalui pasar bertema serta lawatan kedai terkurasi, selain turut mempersembahkan jenama tradisional dalam suasana kontemporari. "Changzhou in Books" ("Changzhou dalam Buku") memanfaatkan Dongpo Culture Alliance dan program residensi penulis bagi menonjolkan warisan sastera bandar ini, manakala "Changzhou in Light & Shadow" ("Changzhou dalam Cahaya & Bayang") menggunakan tayangan filem awam dan pameran seni digital untuk meneroka bagaimana bandar ini dipersembahkan secara visual dari semasa ke semasa.

Sebagai sebahagian daripada program ini, para peserta boleh menjelajah melalui enam laluan bas "Reading the City" khusus—Asal-Usul Budaya, Warisan Artisan, Pesona Terusan, Keindahan Desa, Pemandangan Sungai Yangtze dan Warisan Industri—setiap satu menghubungkan kawasan kejiranan, mercu tanda dan tempat kebudayaan. Bagi menggalakkan penyertaan orang ramai yang lebih luas, program ini turut menyediakan beraneka jenis faedah harian, bermula daripada insentif transit awam hinggalah tiket wayang, promosi buku dan tawaran di kedai. Dengan menggabungkan program kebudayaan dengan aktiviti harian, inisiatif ini menggalakkan orang ramai untuk mengalami Changzhou secara langsung dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan bandar ini melalui penerokaan, pemerhatian dan juga penyertaan.

Themed bus for the Changzhou Reading the City series of public cultural activities
Themed bus for the Changzhou Reading the City series of public cultural activities

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4852398_MS52398_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI