fbpx
Seorang pegawai polis memakai Tudung Cahaya Biru. - BBC

Britain perkenal tudung magnet untuk polis wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Polis Britain bakal memperluaskan penggunaan tudung bermagnet dalam usaha menarik minat lebih ramai wanita beragama Islam menyertai badan beruniform tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

‘Tudung Cahaya Biru’ itu dihasilkan daripada dua helai kain yang dilekatkan dengan kancing pelepas-cepat bermagnet.

Sistem itu direka bagi membolehkan bahagian bawah tudung tertanggal tanpa mendedahkan rambut anggota sekiranya ia ditarik semasa konfrontasi dengan suspek.

Tudung tersebut telah diedarkan kepada setiap anggota  yang layak bagi pasukan Polis Leicestershire, dan bakal diikuti oleh pasukan lain.

Tudung itu dihasilkan dan direka oleh Polis Leicestershire dengan kerjasama Universiti De Montfort.

“Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan dengan betul. Kami telah menyelesaikan ujian pertempuran di Enderby dengan anggota wanita memakainya dan ia tahan lama.

“Bahagian bawah tudung dapat ditanggalkan dan anggota  tersebut dapat menjaga maruahnya,” kata Detektif Sarjan Yassin Desai yang menerajui kempen tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI