fbpx
Azman (kanan) meninjau harga barangan menerusi SHMMP Krismas 2025 di sebuah pasar raya di Tunjong, Kota Bharu hari ini. Foto ROHANA MOHD. NAWI

Barangan seludup, tiruan RM4.6 juta dirampas di Kelantan sepanjang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan sudah mengambil tindakan terhadap 1,355 kes membabitkan 220 tangkapan dengan nilai rampasan barangan seludup dan tiruan bernilai RM4.6 juta sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 37 kes telah dituduh di mahkamah melibatkan denda sebanyak RM216,000 dan kompaun berjumlah RM800,050.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan terhadap penyelewengan bahan bakar dan sitaan pula membabitkan sebanyak lebih 89,280 liter petrol bernilai RM193,544 manakala bagi diesel pula 35,598 liter dengan nilai RM93,679.

“Sempena Krismas ini, sebanyak 32 pasar raya di negeri ini mengadakan Program Jualan Rahman Madani (PJRM) bermula 16 hingga 25 Disember mengikut jadual yang ditetapkan.

“Selain itu, 43 pasar raya turut menyertai PJRM sempena kembali ke sekolah sebagai inisiatif membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan anak masing-masing,” katanya pada sidang media selepas melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 di sebuah pasar raya di Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut Azman berkata, pihaknya mengenal pasti sembilan jenis barangan di bawah SHMMP tahun ini termasuk kubis bulat import, lobak merah, tomato, lada benggala hijau dan cili merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI