PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka gurauan supaya ibunya membuat pemeriksaan kesihatan susulan sering berasa sakit badan rupanya petanda dia bakal menerima adik baharu pada usia 29 tahun. Nur Atika Iswana Bil Sabri, 28, berkata, pemeriksaan mendapati ibunya yang berusia 51 tahun telah hamil lima minggu yang merupakan anak keempat. Menurutnya, dia pada mulanya berasa hairan dengan tingkah laku ibunya yang sering mengadu sakit badan dan menolak ajakan kami untuk keluar bersiar-siar. “Awalnya, kami bergurau dengan ibu untuk buat…














