fbpx
Gambar hiasan bangunan mahkamah di Singapura. - CNA

Wanita bersuami dua menangis minta diringankan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang wanita Vietnam dijatuhi hukuman penjara 12 minggu di Singapura selepas dia mengaku bersalah mempunyai dua suami, lapor saluran berita Channel News Asia.

Nguyen Thi Phuong, 36, berkahwin dengan seorang lelaki Singapura pada 2008 ketika dia berumur 19 tahun.

Sekitar tahun 2012, tertuduh kembali ke Vietnam untuk rawatan perubatan sebelum mengahwini seorang lelaki Vietnam dan menetap di sana selama beberapa tahun.

Selepas mempunyai anak di Vietnam, dia kembali ke Singapura dan bercerai dengan suaminya di negara itu pada 3 November 2017.

Setahun kemudian iaitu pada 9 Mac 2018, tertuduh turut bercerai dengan suami keduanya di Vietnam.

Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak mengandungi butiran tentang bagaimana perkahwinan bigami itu diketahui oleh pihak berkuasa.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara tiga bulan untuk tertuduh. Dia yang tidak mempunyai peguam, menangis ketika bercakap di mahkamah menggunakan jurubahasa.

Tertuduh berkata, dia kini merupakan ibu tunggal kepada seorang anak berusia 10 tahun selain bapanya separa lumpuh dan ibunya sudah tua.

Hakim kemudian memutuskan untuk memberikan hukuman lebih ringan kepada tertuduh iaitu penjara 12 minggu.

Perbuatan bigami di Singapura membawa hukuma penjara sehingga tujuh tahun dan denda. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN