fbpx
Tangkap layar rakaman video Asyraf Wajdi didatangi seorang remaja lelaki meminta bantuan kewangan untuk memasuki KKTM.

[VIDEO] Pelajar minta bantuan Asyraf Wajdi, keluarga tak mampu tanggung masuk KKTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan Mara akan terus memastikan tiada anak bangsa tercicir daripada pendidikan hanya kerana faktor kemiskinan.

Beliau memberi jaminan itu selepas peristiwa beliau didatangi oleh seorang pelajar yang meminta bantuan kewangan daripadanya ketika sedang menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Gerik, Perak semalam.

Menurutnya, pelajar itu, Amirul Hafiz dari Kampung Perah memohon bantuan kewangan untuk mendaftar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau di Pulau Pinang esok.
Katanya, pelajar itu mengadu keluarganya tidak mampu menanggung kos untuknya memasuki KKTM kerana bapanya menghidap sakit saraf menyebabkan keluarganya hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Bagaimanapun, katanya, beliau jadi lebih terkilan apabila diberitahu pelajar itu pernah menerima tawaran sama tahun lalu, namun terpaksa menolak kerana ketiadaan wang untuk kos awal pendaftaran.

“Terus terang, saya amat terkilan kerana perkara ini tidak dimaklumkan lebih awal kepada saya, sedangkan jika diketahui lebih awal, pasti ada jalan untuk dibantu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, tanpa berlengah, beliau menulis minit pemakluman kepada Pengarah KKTM Balik Pulau supaya mengecualikan segala kos awal pendaftaran buat pelajar itu.

Katanya, beliau turut menghulurkan sedikit bantuan segera bagi membantu Amirul Hafiz menampung keperluan persiapan dan perjalanan ke KKTM Balik Pulau.

“Insya-Allah, Mara akan terus memastikan tiada anak bangsa tercicir daripada pendidikan hanya kerana faktor kemiskinan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI