fbpx
TANGKAP layar video dakwaan cubaan samun di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, 14 November lalu.

[VIDEO] Cuma salah faham, bukan cubaan samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Polis Kota Tinggi menafikan dakwaan cubaan samun melibatkan kereta jenis BMW yang berlaku di Jalan Bandar Tenggara seperti mana tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya terkesan satu video tular di media sosial berkaitan kejadian melibatkan dua buah kenderaan yang dipercayai berlaku pada 14 November lalu pukul 8 malam.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis BMW 320i warna hitam dan sebuah Perodua Ativa warna kelabu. Dakwaan cubaan samun yang tular adalah tidak benar.

“Siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur cubaan samun cuma salah faham di antara dua pihak tentang pemanduan di jalan raya. Pemandu kereta BMW telah membuat laporan penafian cubaan samun, manakala pemandu Perodua Ativa tidak membuat sebarang laporan polis setakat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yusof berkata, pemandu kenderaan Perodua Ativa akan dipanggil bagi tujuan rakaman percakapan dan siasatan lanjut.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Pihak polis Kota Tinggi sentiasa komited dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang sedia ada,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI