Minggu lalu, Thailand dan Kemboja memaklumkan kepada Menteri Luar China, Wang Yi tentang kesediaan kedua-dua negara meredakan ketegangan dan melaksanakan gencatan senjata selepas pertempuran yang tercetus semula menjadi sengit susulan konflik di sempadan sejak Julai lalu. Hasrat Bangkok dan Phnom Penh dinyatakan selepas gencatan senjata yang dimeterai antara Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Manet musnah. Gencatan senjata itu dimeterai di Kuala Lumpur dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump selaku pengantara pada 26 Oktober…














