fbpx
Beberapa individu mengenakan baju-T 'Justice For Najib' yang mula berkumpul pada pagi ini. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

Titah Adendum Najib: Pihak media, orang ramai berkumpul awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenar atau tidak untuk menjalani hukuman pemenjaraan di rumah atau kekal di Penjara Kajang akan diketahui pagi ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Rata-rata pihak media dan orang ramai mula berkumpul sejak pukul 7 pagi bagi menyaksikan keputusan itu yang mana ia akan disampaikan oleh Hakim Alice Loke Yee Ching.

Jika Najib berjaya memperoleh perintah itu, bekas Ahli Parlimen Pekan tersebut akan menjalani hukuman penjara di kediamannya.
Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, Najib perlu kekal di Penjara Kajang.

Hukuman pemenjaraan di rumah itu, berdasarkan penjara enam tahun dan denda RM50 juta selepas beliau didapati bersalah dalam kes dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Sebelum ini, pihak pembelaan Najib dalam satu sidang akhbar menegaskan, sekiranya permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum itu dibenar, Najib akan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Peguam Tan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, ia yang mana Najib akan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dengan serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN