fbpx
Zizie mengakui hatinya hancur setiap kali melihat kesedihan anak-anak yang merindui bapa mereka, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

‘Tengah tidur, saya dengar suara orang menangis teresak-esak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Masih diulit duka, pelakon Datin Seri Zizie Ezette, 47, mengakui hatinya hancur setiap kali melihat kesedihan anak-anak yang merindui bapa mereka, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Kata Zizie atau nama lengkapnya Zizie Izette Abdul Samad, 47, bukan mahu meraih simpati, sebaliknya sebagai ibu, dia hanya meluahkan perasaan sayu yang terpendam.

“Saya tak berniat minta simpati, sekadar ingin berkongsi kerana saya seorang yang agak privasi, jarang bercakap tentang perasaan dan apa saya lalui.

“Semuanya bermula dengan Aadam. Ketika semua sedang tidur, saya terdengar suara orang menangis teresak-esak.

“Bila saya tanya, dia kata sakit kepala. Tapi saya tahu sebenarnya dia rindu ayahnya,” kongsinya menerusi hantaran Instagram Story.

Ujarnya lagi, keadaan itu bukan hanya dilalui Aadam, malah kembarnya juga iaitu Aaleph, 7.

“Saya pergi dekat Aaleph, peluk rapat. Bila saya tanya kenapa, dia bisik ‘Aaleph rindu daddy’ lepas itu menangis teresak-esak.

“Sama juga Aalisa, ketika dia sedang berlatih lagu Count On Me di sekolah, tiba-tiba air matanya mengalir.

“Guru perasan dia menjadi pendiam, balik rumah dia kata ‘Aalisa sedih sebab teringat daddy’,” katanya.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, rasa rindu menebal terhadap bapa mereka itu turut dikongsikan anaknya yang lain, Jenna dan Aaric.

Luah kakak kepada aktor, Shaheizy Sam itu, walaupun berhati kental, dia mengakui tidak mudah mengendalikan emosi setiap kali melihat wajah sugul permata hatinya.

“Saya tahu saya seorang wanita yang kuat, tetapi mendengar anak-anak menanggung kesedihan dengan suara sekecil itu, hati saya macam hancur.

“Namun, saya tetap peluk mereka dan mencintai mereka sepanjang tempoh mencabar ini serta percaya mereka akan baik-baik sahaja.

“Kami tidak berputus asa. Kami cuma sedang belajar bagaimana mengawal rindu tapi pada masa yang sama terus melangkah kehadapan,” ujarnya.

Sebelum ini Zizie memadam semua gambar di akaun Instagramnya, dipercayai sebagai proses melalui tempoh berkabung.

Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember lalu berikutan kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan lima cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN