fbpx
Gambar kenangan Nooryana Najwa bersama bapanya. Foto INSTAGRAM YANA NAJIB

Tak boleh bayang perasaan daddy ketika ini – Yana Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Maaf semua, berita hari ini tidak baik. Tak boleh nak bayangkan perasaan daddy ketika ini”.

Demikian luahan anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa, hari ini.

Luahan itu dibuat selepas bapanya diputuskan kekal menjalani baki hukuman pemenjaraannya di Penjara Kajang.
Nooryana Najwa juga sempat menitipkan kata-kata semangat buat Najib supaya bersabar dan menjaga kesihatan.

“Banyak sabar okey. Kita hidup untuk berjuang lagi di hari lain, seperti biasa.

“Jaga kesihatan daddy, itu perkara yang paling penting,” katanya di media sosial.

Terdahulu KOSMO! melaporkan, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching menolak semakan Najib, 72, berhubung Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki pemenjaraan di rumah.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu, dihukum penjara enam tahun dan denda RM50 juta selepas didapati bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN