fbpx
Grafik yang dikongsikan oleh KPM di media sosial mengenai BAP 2026.

Serahan Bantuan Awal Persekolahan RM150 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, seawal Januari tahun depan.

Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan berkata, ia meliputi pelajar tingkatan 6, bagi membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Bagaimanapun menurut KPM, penyaluran bantuan itu akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.

“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

“Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,” kata kenyataan itu, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN