fbpx
Keadaan dapur sebuah restoran yang terbakar di Mid Valley, semalam.

Restoran nasi kandar di Mid Valley terbakar akibat memasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kebakaran di ruangan dapur restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar di pusat beli-belah Mid Valley, di sini semalam dipercayai berpunca daripada aktiviti memasak.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian NG999 pada pukul 8.49 malam dan seramai 25 anggota serta sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Jalan Hang Tuah digerakkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Azizan Albar, setibanya di lokasi kejadian pada pukul 8.46 malam, kebakaran dipadamkan menggunakan sistem ‘sprinkler’ (pemercik air) dan pekerja restoran menggunakan alat pemadam api jenis debu kering.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran tidak melibatkan mangsa. Operasi tamat sepenuhnya pukul 10.23 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan pengunjung pusat beli-belah Mid Valley dikejutkan dengan kepulan asap yang muncul secara tiba-tiba disertai bunyi penggera kebakaran. Video dan gambar kejadian di lokasi kejadian turut dikongsi pengguna media sosial.

Salah seorang pengguna memaklumkan, ramai yang lari menyelamatkan diri kerana panik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN