fbpx
Ismanira.

Rayuan ibu Zayn Rayyan tangguh hukuman penjara diketahui esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Permohonan ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya akan diketahui esok di Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan itu akan disampaikan Datuk Aslam Zainuddin yang sebelum ini telah selesai mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, pihak pembelaan selaku pemohon berhujah penangguhan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun terhadap wanita berusia 30 tahun itu wajar dipertimbangkan berikutan wujud keadaan istimewa membabitkan anaknya yang autistik.

Peguam Haresh Mahadevan mewakili Ismanira berkata anak kedua wanita tersebut berusia enam tahun yang kini berada di bawah jagaan suaminya dan memerlukan perhatian serta sokongan emosi berterusan daripada ibu.

Katanya, laporan pakar Dr. Noor Aishah Rosli menyatakan kanak-kanak itu mengalami tekanan emosi ketara akibat berpisah dengan ibu bapanya lebih setahun.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin yang bertindak sebagai responden menolak hujahan berhubung keadaan khas itu.

Katanya, pemohon gagal mengemukakan keterangan doktor pakar atau doktor yang menunjukkan anak ini berada dalam keadaan tidak stabil atau tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN