fbpx
Anggota yang terlewat melapor diri memasukkan rumput ke dalam mulut. - Istimewa

Polis lewat dihukum makan rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tiga anggota polis Popayato, wilayah Gorontalo dihukum ‘makan rumput’ selepas mereka terlewat tiba untuk melapor diri, lapor laman berita Detik.

Dalam kejadian pada 15 Disember lalu, tiga anggota berkenaan  dilihat berdiri di hadapan Ketua Unit Propam Polis Popayato.

Salah seorang daripada mereka kemudian memasukkan rumput ke dalam mulut, menyebabkan video tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Popayato, Inspektor Muhammad Kafin Adlan tampil menjelaskan perkara itu dengan berkata, tindakan tersebut dilakukan atas kerelaan anggota tersebut sendiri.

“Ia bukan arahan pegawai atasan. Mereka sendiri yang mengambil insiatif tersebut sebagai bentuk peringatan agar tidak mengulangi kesilapan itu,” katanya.

Tambah Kaffin, anggota-anggota tersebut tidak menelan rumput, sebaliknya hanya memasukkannya ke dalam mulut.

“Kami memohon maaf atas video tular tersebut. Ia tidak benar (makan rumput),” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI