fbpx
Ahmad Zahid

Permohonan DNAA Ahmad Zahid selaras peruntukan undang-undang – AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa keputusan untuk memohon
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi selaras dengan peruntukan undang-undang dan berdasarkan keadaan semasa ketika itu.

Dalam kenyatannya hari ini, memandangkan perkara itu berada di bawah pertimbangan mahkamah, AGC tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung merit permohonan tersebut.

“Jabatan ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon DNAA dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang dan berdasarkan keadaan semasa pada ketika itu, termasuklah keperluan untuk menjalankan siasatan lanjut.

“AGC akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses pengadilan, menangani perkara ini melalui saluran undang-undang yang ditetapkan, serta mematuhi sebarang arahan atau keputusan mahkamah,” kata kenyataan itu.

Terdahulu AGC mengeluarkan kenyataan selepas merujuk kepada laporan portal
yang menyatakan bahawa satu permohonan semakan kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 4 September 2023, yang melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid.

Ia yang mana permohonan semakan kehakiman tersebut membangkitkan isu hasil siasatan yang dirujuk ketika permohonan DNAA dibuat.

Untuk rekod pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan AGC agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN