PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas adalah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Amaran ribut petir juga dijangka berlaku di Selangor di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan di Port Dickson,” katanya.
Cuaca sama juga dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya.
Turut terlibat adalah Sabah dimana kawasannya yang terkesan adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat). – KOSMO! ONLINE














