fbpx
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini atas tuduhan melepaskan tembakan dengan menggunakan senjata api buatan sendiri pada 12 Disember lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Penjaga kebun mengaku salah tertembak pencari petai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang penjaga kebun dari Sabah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melepaskan tembakan dengan menggunakan senjata api buatan sendiri hingga menyebabkan kecederaan di sebuah hutan di Senaling pada 12 Disember lalu.

Tertuduh, Muhammad Shariffudin Ahout, 40, mengaku bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melepaskan tembakan dengan menggunakan senjata api buatan sendiri hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 47 tahun cedera di kepala dan leher tanpa alasan yang sah.
Kesalahan itu dilakukan di hutan Kampung Maasop, Senaling di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib memohon mahkamah untuk menetapkan satu tarikh sebutan lain bagi menunggu laporan berkaitan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Roger Stimin diikat jamin sebanyak RM5,000. Tarikh 26 Januari depan ditetapkan untuk sebutan fakta dan hukuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI