fbpx
Muhammad Farhan dituduh membunuh nenek dan mencederakan moyangnya dengan parang di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Baling pada 16 Disember lalu.

Pemuda dituduh bunuh nenek, cederakan moyang jalani pemeriksaan psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh neneknya berusia 65 tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Baling dekat sini, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Farhan Zulkefli, 21, yang masih bujang turut berdepan pertuduhan mencederakan moyangnya berusia 85 tahun. Dia mengangguk faham sebaik kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Halimah Hashim, 65, di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai antara pukul 6.40 hingga 6.53 petang pada 16 Disember lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Farhan didakwa menetak Mariyam Ariffin, 80, menggunakan sebilah parang di lokasi, masa dan tempat yang sama.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md. Noor memaklumkan bahawa tertuduh sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pihak pendakwaan seterusnya membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah untuk tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan mendapatkan laporan psikiatri tertuduh di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak pada 6 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI