fbpx
Poster di muat naik di Facebook Anwar Ibrahim hari ini.

Malaysia sokong Global Sumud Flotilla tatkala kuasa besar membisu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia tampil secara terbuka menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza ketika kuasa-kuasa besar dunia membisu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kuasa besar dunia ketika itu bahkan menghukum mereka yang bersuara menentang kezaliman rejim Zionis.

“Apabila flotilla diserang Israel pada 2 Oktober lalu dan menahan sukarelawan kemanusiaan termasuk 23 anak Malaysia, kita bergerak pantas tanpa berlengah.

“Setiap saat dimanfaatkan untuk merangka strategi, menggerakkan saluran diplomatik dan memastikan keselamatan mereka menjadi keutamaan mutlak negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mengimbau lanjut peristiwa itu, Anwar berkata, rundingan tertinggi Malaysia dengan Turkiye, Mesir, Jordan dan Amerika Syarikat juga membuahkan hasil.

Kata beliau, kesemua wira kemanusiaan Malaysia dibebaskan dengan selamat dan kembali ke tanah air pada 7 Oktober menjadi berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia.

“Keberanian mereka membelah lautan dan keteguhan jiwa mereka memperjuangkan nasib saudara kita di Palestin meskipun diperlakukan secara biadab dalam tahanan Israel menjadi cerminan kekuatan solidariti Malaysia.

“Semoga keberanian ini terus menyala dan memandu kita untuk berdiri teguh bersama Gaza hingga keadilan tertegak di bumi Palestin yang merdeka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI