fbpx
Operasi mencari dan menyelamat mangsa insiden kereta terjunam ke dalam Sungai Kedah, Alor Setar hari ini. Foto ihsan JBPM KEDAH

Kereta terjunam ke Sungai Kedah, operasi cari pemandu giat dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebuah kereta terjunam ke dalam Sungai Kedah di Ampang Jajar di sini hari ini dipercayai selepas terbabas ketika melalui jalan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd. Zain berkata, usaha mencari dan menyelamat pemandu kereta tersebut yang identitinya masih belum dikenal pasti sedang giat dijalankan.

“Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.37 pagi sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 10.43 pagi dan mendapati sebuah kenderaan telah terjunam ke dalam sungai serta dipercayai terdapat mangsa di dalam kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta bot dimohon bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

“Seramai dua anggota PPDA melakukan penyelaman bagi mengesan kedudukan kenderaan pada pukul 12.43 tengah hari, manakala pasukan bot menjalankan pemantauan serta pencarian di permukaan air.

“Operasi turut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Laut. Setakat ini maklumat mengenai mangsa masih dalam siasatan dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN