KEMAMAN – Walaupun banjir sudah mulai pulih berikutan cuaca kembali baik, rata-rata penduduk terjejas masih mahu kekal di pusat pemindahan sementara (PPS) kerana bimbang bencana bah kembali berulang. Rata-rata penduduk yang tinggal di pinggir sungai yang ditemui mengakui berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan jangkaan fenomena air pasang besar masih berlaku sepanjang minggu depan. Salah seorang penduduk terjejas, Suhana Saleh, 47, berkata, dia yang tinggal di kawasan rendah berhampiran sungai belum dapat menarik nafas lega meskipun banjir di sekitar rumahnya di……














