fbpx
YONG HOCK (tengah) pada majlis peluncuran Giant Bandar Baru Tambun, Ipoh.

Giant Tambun perkenal konsep ‘Pasar Segar Rakyat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., pengendali jenama ikonik negara Giant melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan Giant Bandar Baru Tambun di sini, bagi memperkukuhkan lagi segmen jualan runcitnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cheah Yong Hock berkata, cawangan baharu itu mencerminkan tumpuan firma itu dalam menyampaikan nilai, kesegaran dan kebolehcapaian melalui konsep ‘Pasar Segar Rakyat’.

“Pelanggan boleh mengakses pelbagai jenis hasil segar, daging dan makanan laut di samping barangan runcit harian yang penting, direka untuk menyokong keperluan isi rumah setiap hari.

“Dibangunkan dengan mengutamakan keselesaan pelanggan, Giant Bandar Baru Tambun menawarkan persekitaran membeli-belah yang praktikal untuk masyarakat sekitar,” katanya pada majlis peluncuran di sini.

Sementara itu Ketua Pemasaran, Andre Lim Jyh Shen berkata, firma itu akan menambah lima lagi cawangan iaitu dua pasar raya Giant, dua Mercato dan satu Cold Storage tahun depan.

“Pasar raya Giant akan dibuka masing-masing di Selangor serta Sungai Petani, Kedah sementara Mercato pula di Pulau Pinang dan Petaling Jaya.

“Cold Storage akan dibuka di Alor Setar. Kesemuanya bakal dibuka secara berperingkat bermula awal Januari depan,” katanya.

Tambahnya, kesemua cawangan baharu itu akan menampilkan pembaharuan melibatkan pencahayaan serta pemilihan warna lebih terang dan segar, selain reka bentuk moden dan versatil.

“Segmen pelanggan secara fizikal masih lagi menjadi penyumbang terbesar berbanding dalam talian.

“Kami turut menyokong promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 selain Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN