fbpx
Charin memberi kata-kata nasihat kepada banduan yang terpilih pada Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen Ihsan Madani sempena sambutan Krismas di Penjara Pokok Sena, hari ini.

Bekas banduan jadi rebutan majikan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

POKOK SENA – Golongan orang diparol (ODP) dan orang bebas berlesen (OBB) kini menjadi rebutan dalam kalangan majikan di Kedah yang bersedia menggaji mereka dengan menawarkan gaji minimum mengikut kepakaran masing-masing.

Pengarah Penjara Kedah, Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Charin Promwichit berkata, ketika ini seramai 1,407 bekas banduan dan banduan daripada golongan tersebut diterima bekerja di 120 syarikat di seluruh negeri.

“Trend ini berlaku sejak pandemik Covid-19 dahulu apabila berlaku sekatan ke atas pekerja asing sehingga pihak penjara tidak menang tangan. Dua hari lepas saya berkunjung ke sebuah syarikat kurier di Kulim dan seramai 80 bekas banduan bekerja di sana.
“Ia adalah sebahagian daripada program pemulihan dalam komuniti Jabatan Penjara dan dapat meramaikan lagi prospek (bekas banduan) ini dalam komuniti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani sempena sambutan Krismas di Penjara Pokok Sena, di sini hari ini.

Seramai 25 banduan terpilih untuk kembali ke pangkuan keluarga lebih awal daripada tarikh hukuman masing-masing tamat, selain terdapat juga yang diambil bekerja oleh majikan.

Sementara itu, seorang banduan yang terlibat dalam program PBSL, yang ingin dikenali sebagai Anna, 34, berkata, dia tidak menyangka berpeluang pulang awal daripada tarikh tamat hukuman pada April tahun depan.

“Alhamdulillah, saya baru tahu semalam bahawa saya dapat keluar awal setelah sebulan berada di sini. Syukur sangat dan saya sudah berjanji untuk tidak mendekati dadah lagi sejak dua tahun lalu. Saya dipenjara kerana kes lama pada 2023. Walaupun hanya sebulan, ia cukup menginsafkan dan saya hanya mahu pulang bertemu anak-anak,” katanya yang dijemput suaminya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI