fbpx
Bangunan ikonik berusia lebih 50 tahun yang hangus terbakar di Jalan Idris, Kampung Masjid, Kampar kejadian pukul 3.10 pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Bangunan ikonik berusia lebih 50 tahun di Kampar hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Bangunan ikonik yang menempatkan banyak premis perniagaan berusia lebih 50 tahun hangus dijilat api dalam kebakaran di Jalan Idris, Kampung Masjid di sini pada pukul 3.10 pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, bangunan yang terbakar adalah bangunan lama jenis kelas C setingkat.

“Ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan Konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman.
“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan bantuan pemadaman telah digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Tapah,” katanya di sini hari ini.

Bangunan tersebut dahulunya menjadi lokasi tumpuan penduduk membeli barangan keperluan termasuk menempah pakaian untuk perayaan merangkumi kaum Melayu, Cina dan India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN