fbpx
Agong berkenan berangkat ke UAE bagi lawatan khas bermula hari ini hingga 24 Disember 2025.

Agong berangkat ke UAE, terima jemputan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA -Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan khas bermula hari ini hingga 24 Disember 2025.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke UAE adalah atas jemputan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

“Pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada pukul 9 pagi,” kata laman Facebook tersebut.
Menurut Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hadir di Hangar Diraja mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan Pengelola Bijaya Diraja Johor, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI