fbpx
PEKERJA bantuan dan bomba meletakkan mayat yang ditemui di tepi jalan di luar kawasan hutan di pinggir Bandar Raya Guatemala kelmarin. – AFP 

12 mayat ditemukan di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA GUATEMALA – Sekurang-kurangnya 12 mayat ditemui dalam tempoh tiga hari di kawasan hutan di pinggir Bandar Raya Guatemala, kata pihak berkuasa semalam yang mengaitkan penemuan itu dengan keganasan kumpulan penjenayah.

Mayat-mayat itu dibuang di kawasan di mana penjenayah sering membuang mayat mangsa mereka, demikian menurut jabatan bomba dan laporan media tempatan.

Jurucakap bomba, Hans Lemus memberitahu wartawan bahawa dua mayat ditemui Jumaat lepas tiga mayat serta satu rangka manusia dijumpai keesokan harinya.

Kelmarin polis dengan dengan bantuan anjing pengesan menemui enam lagi cebisan manusia dan mayat yang dibalut dengan cadar serta beg plastik, katanya.

Dalam satu mesej kepada wartawan, Kementerian Dalam Negeri Guatemala berkata pembunuhan-pembunuhan itu mungkin mempunyai kaitan dengan pertempuran geng-geng dadah untuk menguasai wilayah.

Guatemala dibelenggu keganasan jenayah, terutamanya yang dilakukan oleh geng Barrio 18 dan Mara Salvatrucha (MS-13), yang dianggap sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan dan Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Guatemala berkata, hampir separuh daripada keganasan di negara itu dilakukan oleh pengedar dadah dan anggota geng yang memeras ugut wang daripada pemilik perniagaan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN