fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan suspek kes curi barang kemas di Endau.

[VIDEO] Pasangan kekasih dicekup bawa lari barang kemas RM19,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Polis berjaya menahan sepasang kekasih yang disyaki menjadi suspek dalam kes curi barang kemas di sebuah kedai emas dekat Endau di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pasangan itu berjaya ditahan pada Jumaat lalu selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 17 Disember.

“Kes kecurian itu melibatkan kerugian dianggarkan lebih kurang RM19,300 dan pada 19 Disember, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mersing telah membuat tangkapan ke atas dua orang suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 28 dan 24 tahun di sekitar Johor Bahru.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek, pihak polis telah membuat rampasan beberapa barang kes termasuk sebuah kereta dan dua set barang kemas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai 20 hingga 23 Disember 2025.

Terdahulu, tular rakamkan video seorang lelaki berbaju T-shirt dan bertopi melarikan barang kemas dari kedai emas terbabit dan semakan pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek berpura-pura sebagai pembeli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN