fbpx
RAKPHOL (tengah) percaya bakat muda negara mampu memacu Malaysia raih keputusan positif pada penyertaan di Kejuaraan B-19 Asia Tenggara, kali ini. - FAM

Skuad futsal B-19 pasang impian besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pemain futsal Bawah 19 Tahun (B-19) sudah mempunyai gambaran jelas tentang objektif utama yang bakal digalas pada penyertaan di Kejuaraan B-19 Asia Tenggara di Bangkok Thailand yang akan bermula, Selasa ini.

Pengendali negara, Rakphol Sainetngam berkata, beliau dan barisan kejurulatihan sudah pun bercakap dengan pemain sejak daripada awal sesi latihan dijalankan, awal bulan ini.

“Bagi fasa pertama latihan, saya tidak menekankan tentang taktik sebab saya perlu untuk mereka tahu cara bermain futsal. Kemudiannya kami ajar mereka tentang sistem iaitu bagaimana untuk menyerang dan bertahan.

“Saya lakukan sistem sama dengan skuad senior kerana mungkin tahun depan ada dua atau tiga pemain sertai skuad senior. Jadi, kita kena lihat mengenai perkara ini dan beri pendedahan kepada pemain.

“Saya sudah bercakap dengan pemain yang kami mahu ke separuh akhir, kemudiannya cuba layak ke final,” katanya.

Malaysia berada dalam Kumpulan B dan akan membuka tirai saingan menentang Myanmar, Selasa ini sebelum melengkapkan aksi awal bertemu Indonesia pada Khamis.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang akan dilangsungkan pada Sabtu, manakala final dijadualkan berlangsung 29 Disember.

“Saya sudah buat analisa, Indonesia adalah pasukan yang bagus malah Myanmar juga agak kuat. Namun Malaysia mempunyai pemain yang bagus dan saya yakin mampu layak ke pusingan seterusnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI