fbpx
Raffil (kanan) bergambar kenagan bersama ahli keluarga sempena perasmian restoran kedua Bienz di Putrajaya baru-baru ini.

Pizza Bienz sasar buka 10 cawangan baharu ​

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​PUTRAJAYA – Sambutan hangat dan prestasi memberangsangkan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur membuatkan pengurusan Pizza Bienz meluaskan pembukaan di Putrajaya selain merancang untuk membuka 10 lagi cawangan baharu di seluruh Semenanjung dalam tempoh tiga tahun.

Pengasas Bersamanya, Raffil Jamir berkata, lima cawangan akan tertumpu di Lembah Klang, manakala selebihnya bakal menembusi pasaran zon utara, selatan dan pantai timur merangkumi Perak, Johor, Melaka serta Kuantan.

Katanya, syarikat juga sedang menilai potensi pasaran Sabah dan Sarawak, namun tetap berhati-hati dalam memperincikan aspek logistik dan rantaian bekalan bagi menjamin kelangsungan margin keuntungan.

“Pembukaan di Putrajaya adalah maklum balas langsung kepada permintaan pelanggan. Bagi kami, ini bukan sekadar pertumbuhan fizikal, tetapi pengukuhan jenama dalam segmen pasaran yang mementingkan kualiti.

“Untuk menyokong pertumbuhan ini, kami telah mengoperasikan dapur pusat di Kuala Lumpur bagi memastikan konsistensi kualiti rasa dan kecekapan operasi di semua rangkaian cawangan dapat dikawal secara berpusat,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian di sini baru-baru ini.

Pelanggan menikmati Pizza Wagyu yang dijual di restoran Bienz cawangan Putrajaya.

Menurut Raffil, cawangan pertama di Wangsa Maju melibatkan kos modal sekitar RM400,000, merangkumi infrastruktur dapur dan hiasan dalaman premium bagi membina pengalaman pelanggan yang unik.

Tambahnya, Bienz berjaya mencatatkan keuntungan lebih awal daripada kitaran lazim industri F&B yang biasanya memakan masa enam hingga 12 bulan untuk mencapai titik pulang modal.

“Bienz yang popular dengan menu Wagyu Pizza menggunakan doh sourdough kini dalam proses memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya.

Ujar Raffil, pihaknya menggunakan bahan mentah daripada sumber yang disahkan halal selain mengoptimumkan strategi jualan melalui platform penghantaran digital bagi memastikan capaian pelanggan yang lebih luas di kawasan bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN