fbpx
PEARLY (depan) dan Thinaah tetap berpuas hati dengan pencapaian meskipun tewas di separuh akhir semalam.

Pearly-Thinaah bangga pencapaian 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMPEN 2025 boleh dianggap sebagai musim cemerlang buat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah meskipun kempunan ke final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di Hangzhou, China.

Pearly menyifatkan pencapaian mereka musim ini boleh dianggap memberangsangkan apabila merangkul tiga kejuaraan Jelajah Dunia selain muncul beregu wanita pertama negara muncul naib juara dunia.

Pemain berusia 25 tahun itu ber bangga dengan prestasi musim ini kerana dapat mengekalkan konsistensi, namun masih ada beberapa aspek perlu dibaiki menjelang saingan musim depan.

“Sepanjang musim ini, saya boleh katakan kami bangga dengan aksi konsisten dipamerkan. Bagaimanapun, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki berdasarkan aksi dua hari ini.

“Apa yang Thinaah cakap mengenai aspek pertahanan kami belum cukup bagus dan tidak konsisten, itu adalah antara elemen yang akan diberi perhatian apabila pulang nanti,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Terdahulu, pasangan No. 2 dunia itu gagal untuk melangkah ke pentas final WTF2025 apabila tersingkir di separuh akhir selepas tewas 19-21, 13-21 kepada beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Yuki Fukushima.

Keputusan tersebut menyaksikan anak-anak buah Rosman Razak itu gagal untuk menebus kekalahan mereka kepada beregu berkenaan pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A yang berlangsung kelmarin.

“Pada perlawanan hari ini (semalam), kami sudah memberikan segala-galanya dan cuba menekan mereka tetapi pertahanan kami kurang baik. Ini merupakan salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian,” ujar Thinaah.

Meskipun gagal melangkah ke final, namun ini merupakan pencapaian terbaik buat pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 itu selepas tiga penampilan terakhir pada edisi 2024, 2022 dan 2021 berakhir di peringkat kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN