PETALING JAYA – Pengunjung kompleks beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, malam ini dikejutkan dengan kepulan asap yang muncul tiba-tiba disertai dengan bunyi penggera kebakaran.
Video dan gambar kejadian di lokasi kejadian juga dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial.
Bagaimanapun, punca kejadian yang dipercayai melibatkan sebuah lot kedai itu masih belum dapat dipastikan.
Salah seorang pengguna memaklumkan, ramai yang cuba menyelamatkan diri dari lokasi berkenaan berikutan panik.
“Suami ambil pesanan dekat Empire Sushi Mid Valley. Sekali penggera berbunyi, asap pun mula berkepul.
“Katanya ramai ‘cabut’ cepat-cepat sebab lemas bau asap. Kedai apa la agaknya yang terbakar. Semoga dipermudahkan urusan semua,” tulis @Aqish.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan Mid Valley Megamall berhubung situasi atau punca asap berkenaan. – KOSMO ONLINE














