fbpx
Poster berkenaan pelaksanaan Budi95 memanfaatkan 16 juta rakyat Malaysia di muat naik di laman Facebook Anwar Ibrahim, hari ini.

Kerajaan jimat RM800 juta hasil pelaksanaan Budi95 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM800 juta hasil daripada pelaksanaan program Budi Madani RON95 (Budi95) sejak 30 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu hasil keberanian dan tekad politik Kerajaan Madani untuk melaksanakannya.

“Sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap kerajaan yang memerintah, namun tiada yang punyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya.

“Kerajaan Madani telah mengambil langkah berani menerusi Budi95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar berkata, setiap hasil penjimatan daripada Budi95 itu dipulangkan kembali kepada rakyat melalui pemberian Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.

Tambah beliau, penjimatan itu juga dipulangkan kepada rakyat dengan menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI