SETIAP lapisan nipis medovik menyerap krim sepenuhnya, menjadikan kek tersebut terasa halus, lembap dan menyatu dengan sempurna. Apabila digigit, lapisan kek dan krim saling melengkapi tanpa ada rasa yang mendominasi. Manis madu dari Ukraine yang lembut, halus, floral dan tidak berlebihan, seimbang dengan krim yang ringan. Medovik merupakan kek madu klasik dari Rusia yang menjadi tarikan utama di Torte by Linda, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor. Antara perisa kek yang ditawarkan ialah classic honey cake, summer berries, honey chocolate, full chocolate,……














