fbpx
Gambar hiasan.

Dua warga asing dicekup, sorok peluru hidup dalam anak patung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dua lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai memiliki senjata api, peluru hidup dan dadah dalam serbuan di sebuah bengkel kontena di Perai di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kedua-dua lelaki berusia 53 dan 39 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis Perai bersama pasukan IPD SPT, kira-kira pukul 1 pagi.

“Pemeriksaan mendapati salah seorang suspek memiliki sepucuk pistol jenis revolver 0.38 yang disembunyikan di pinggangnya.

“Kami turut menemui 21 butir peluru hidup dalam anak patung, dadah jenis methamphetamine seberat 931.43 gram, ganja seberat 126 gram, serta 10 biji pil eramin 5 seberat 3 gram yang disorok dalam sebuah kereta Nissan Almera.

“Selain itu, kereta tersebut beserta beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut dirampas,” katanya di sini, petang tadi.

Helmi berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 27 Disember bagi membantu siasatan.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan jenayah demi keselamatan awam. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, serta Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN