KEMAMAN – Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak 14 Disember lalu pulih sepenuhnya, sebentar tadi.
Jurucakap Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, SK Chukai dan SK Binjai ditutup sepenuhnya pada pukul 6 petang.
“Kesemua 921 orang daripada 246 keluarga yang berlindung di tiga PPS tersebut telah dibenar pulang ke rumah masing-masing,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu banjir gelombang kedua di Terengganu telah menjejaskan lebih 1,000 mangsa di tiga daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun.
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 18 PPS telah dibuka di Kemaman, Hulu Terengganu (enam) dan Dungun (dua). – KOSMO! ONLINE














