fbpx
Penduduk memerhatikan pegawai Perkhidmatan Polis Afrika Selatan berkumpul di lokasi kejadian di sebuah bar di Bekkersdal hari ini. - AFP

9 maut tembakan rambang di Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHANNESBURG – Sembilan orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah bar di luar Johannesburg awal hari ini, kata polis dalam kejadian tembakan kedua seumpamanya di Afrika Selatan bulan ini.

Seramai 10 lagi cedera dalam serangan awal pagi tadi di pekan Bekkersdal yang miskin di kawasan perlombongan emas.

Polis pada mulanya berkata, 10 orang terbunuh apabila bar Bekkersdal diserang sebelum pukul 1 pagi (waktu tempatan), tetapi kemudian menyemak semula angka kematian.

Kebanyakan penyerang bersenjatakan pistol dan seorang membawa raifal AK-47, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah, Mejar Jeneral Fred Kekana.

“Mereka memasuki kedai minuman dan menembak pelanggan secara rawak tanpa provokasi,” katanya.

Tambah Kekana, tiga orang terbunuh di dalam bar, manakala yang lain maut ketika melarikan diri dari tempat kejadian, dengan penyerang terus menembak ketika mereka pergi.

“Selepas menembak orang ramai, suspek menggeledah mangsa. Mereka mengambil barang berharga milik mangsa termasuk telefon bimbit,” kata Kekana.

“Ia adalah jenayah semata-mata,” kata Kekana sambil menambah, polis sedang memburu kesemua suspek dan meminta bantuan orang ramai. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI