fbpx
Tangkap layar video memaparkan tebuan tanah menyerang kereta yang melanggar sarang.

[VIDEO] Cemas kereta diserang tebuan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam sebuah kereta yang diserang sekumpulan tebuan tanah.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Yengg.com, mereka dilihat cuba bertenang apabila serangga berbisa berkenaan memenuhi bahagian luar kenderaan, sekali gus menghalang mereka untuk keluar menyelamatkan diri.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas terlanggar sarang tebuan tanah, menyebabkan kedua lelaki itu terpaksa duduk di dalam kereta bagi mengelakkan sengatan tebuan.
Video berdurasi 21 saat itu turut memaparkan keadaan huru-hara tebuan berterbangan di sekeliling kereta, sekali gus mencetuskan kebimbangan dua lelaki itu.

Menjengah ke ruang komen, ramai turut bimbang sekiranya dua lelaki itu terkena sengatan tebuan tanah.

“Kalau rasa nak cuti sakit tiga bulan, boleh cuba buka tingkap kereta. Itu baru betul menikmati suasana,” komen @Tyuiopeew.

“Saya pernah kena ‘cium’ dengan tebuan ketika umur 15 tahun sehingga terpaksa duduk wad selama dua hari. Sekarang umur 24 tahun, masih terasa sakit,” komen @Hidayah222. – KOSMO! ONLINE

@yengg.com sekadar menikmati sebuah permainan😇😇🙂‍↔️#asmrsounds #fypシ゚ ♬ original sound – rhunut music

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN